Khamis, 24 Februari 2011

TUAN HAJI MUHAMMADAN ISHAK_MASJID JAMEK NURUL EHSAN

MUKA DEPAN


 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KAMPUS ARAU
                    






DISEDIAKAN UNTUK :

  v  Ustaz Abd Aziz bin Harjin
  v  Pensyarah CTU 551


     DISEDIAKAN OLEH :

  v  Nama : Nurul Mazni Binti Azizan
  v  No Matrik : 2010264922
  v  Kumpulan : BMB 2B c
  
PROGRAM :

  v  Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (kepujian)
               (Pengurusan Sumber Manusia)
  v  Kod : BM 223

  TARIKH HANTAR :

  v  01 Mac 2011



ISI KANDUNGAN

BIL
PERKARA
1.   
TAJUK
2.   
ABSTRAK
3.   
PENDAHULUAN
4.   
HURAIAN
   (a)
  v  Latar belakang
   (b)
  v  Sumbangan
   (c)
  v  Masalah dan Penyelesaian
   (d)
  v  Harapan
   (e)
  v  Kesimpulan
    (f)
  v  Lampiran
5.
RUJUKAN




TAJUK

 IMAM DAN MASJID

ABSTRAK

IMAM adalah penggerak utama masjid. Hasil tulisan Kamal Izat Bin Ahmed,22 , imam merupakan jawatan yang amat penting di dalam sesebuah masyarakat Islam. Imam mewarisi peranan yang dimainkan oleh Rasullullah  S.A.W sepanjang hidup Baginda. Imam memainkan peranan yang cukup penting bukan sahaja dalam sembahyang malah berperanan penting dalam pembentukan masyarakat yang bertaqwa dan berdaya maju. Imam dianggap sebagai simbol penyatuan umat melalui ibadat sembahyang berjemaah. Sembahyang berjemaah adalah simbol bagi kesatuan umat dan simbol ketaatan umat kepada pemimpin. Melalui sembahyang berjemaah setiap umat Islam mengenepikan segala bentuk perbezaan yang ada dan tunduk kepada seorang pemimpin iaitu imam.  Secara umumnya imam bolehlah dianggap sebagai penyelamat umat daripada menanggung dosa kerana meninggalkan fardhu kifâyah. Hukum sembahyang berjemaah bagi sesebuah kariah adalah fardhu kifâyah. Ini bermakna sekiranya tidak dapat dilaksanakan sembahyang berjemaah maka keseluruhan ahli kariah akan menanggung dosa. Pada masa ini terdapat banyak masjid yang gagal menghimpun ahli kariah untuk menunaikan sembahyang secara berjemaah terutamanya bagi waktu Zuhur, ‘Asar dan Subuh. Di sesetengah masjid hanya terdapat imam dan bilal sahaja yang datang berjemaah di masjid. Agak sukar untuk kita menyalahkan sesiapa atau sesuatu institusi memandangkan senario masa kini yang kompleks dan tuntutan hidup yang semakin mencabar telah menyebabkan masyarakat semakin asyik dengan urusan seharian tanpa mempedulikan tuntutan fardhu kifâyah ini.

Walaupun perkataan MASJID sudah diketahui umum secara jelas maksudnya, akan tetapi apabila kita merujuk beberapa kamus daripada pelbagai bahasa, kita akan menjumpai beberapa kemusykilan untuk memastikan definisi masjid. Ini disebabkan, menurut hemat penulis, oleh keumuman definisi tersebut. Sebagai contoh, Kamus Dewan mentakrifkan masjid sebagai “bangunan khas tempat orang Islam beribadat.”5 Salah satu kemusykilannya, definisi ini boleh diaplikasikan kepada sebuah kedai yang dikhaskan untuk perniagaan dengan niat beribadat kerana dalam Islam perniagaan juga termasuk amal ibadat.6 Jadi kedai boleh dianggap masjid kerana ia merupakan bangunan khas tempat peniaga Muslim beribadat dalam bentuk perniagaan. Walau bagaimanapun, demi mengelakkan perbincangan panjang lebar mengenai definisi masjid, pengertian masjid dalam kertas kerja ini adalah seperti yang ditakrifkan Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-mahkamah Kadi Penggal 77 (selepas ini dipanggil Akta) iaitu: “Sebuah bangunan yang didirikan atau digunakan bagi maksud mengadakan sembahyang, perkhidmatan-perkhidmatan dan lain-lain upacara yang berkaitan dengan agama Islam, dan termasuk sebuah surau.”9
                                                                                                   



PENDAHULUAN

الرحيم  الرحمن الله بسم
خلقه   خير على والسلام والصلاة يعلم ،  مالم الإنسان علم الذى لله الحمد
، الدين يوم إلى بإحسن تبعه ومن وأصحابه وسلم عليه الله صلى محمد
.أمابعد

               Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan CTU551 yang telah di amanahkan oleh Ustaz Abd Aziz bin Harjin dengan jayanya. Terima kasih kepada beliau kerana telah memberi bimbingan sewajarnya kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Terima kasih juga ingin disampaikan kepada imam masjid yang banyak membantu saya ketika sesi temuramah. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada ibu dan rakan-rakan saya yang banyak membantu saya dalam menyempurnakan tugasan yang diberikan. Tujuan esei ini ditulis adalah untuk saya perihalkan tentang imam dan masjid di kariah saya. Di dalamnya terdapat tentang latar belakang imam dan masjid yang dibimbingnya, aktiviti, pencapaian, masalah yang dihadapi serta jalan penyelesaian dan lain-lain lagi. Harapan saya apabila menulis esei ini adalah supaya esei ini dapat memberi sedikit maklumat tentang imam dan masjid serta diharap pihak lain dapat menjadikan esei ini sebagai satu rujukan yang berguna pada masa yang akan datang demi kecemerlangan Umat Islam keseluruhannya. Insya-ALLAH....


HURAIAN




LATAR BELAKANG

http://img2.blogblog.com/img/icon18_edit_allbkg.gifhhhhh          Imam yang menjadi pilihan ialah Haji Muhammadan bin Ishak.  Beliau dilahirkan pada 23 Mei 1960 di Alor Star, Kedah. Beliau telah berusia 51 tahun. Sekarang beliau menetap di 610 Lorong Kenangan 5/11, Taman Kenangan, Sungai Karangan  09400  Padang Serai, kedah.  Beliau telah mengakhiri zaman bujangnya dengan Hajah Anisah Binti Haji Baharuddin pada tahun 1984. Beliau telah dikurniakan 2 orang cahaya mata. seorang lelaki dan seorang perempuan. Kedua-duanya berusia 18 dan 26 tahun. Beliau merupakan seorang yang peramah dan suka membantu serta bersikap adil. Kerana sikapnya itulah, beliau amat disenangi oleh semua orang. Berbicara tentang pendidikan imam ini pula, pada tahun 1967 sehingga 1972, beliau telah memulakan pengajian di Sekolah Kebangsaan Merbau Pulas. Kemudian beliau melanjutkan pengajian diperingkat menengah rendah bermula tahun 1973 sehingga 1977 di Sekolah Menengah Agama Jangkang, Karangan Kedah. Selepas itu, beliau terus menyambung pengajian dalam “ Barchelor of Syariah di Kuwait University, Kuwait Religous Institute Certificate “.
Sebelum berkhidmat sebagai imam , beliau adalah seorang guru agama di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irsyad , Pokok Sena, Tasek Gelugor Pulau Pinang. Beliau sendiri yang meminta untuk mengajar disekolah tersebut walaupun beliau mempunyai kelulusan yang tinggi dan mampu ke sekolah yang lebih baik. Beliau berkhidmat di sana selama 15 tahun iaitu ketika berusia dalam lingkungan 27 tahun. Atas dasar cinta akan agama Islam dan kesungguhan dalam menyampaikan ilmu tentang agama, beliau telah mengambil keputusan untuk berhenti berkhidmat sebagai guru di sekolah tersebut. Untuk mendekatkan lagi diri dengan Sang Pencipta, beliau telah menerima tawaran masyarakat sekitar untuk menjadi imam atau pemimpin agama di sekitar kawasan Sungai Karangan.
Selain berkhidmat sebagai imam, beliau juga menjadi guru Al-Quran. Beliau menjadi tenaga pengajar bagi kelas tarannum dan tajwid yang diadakan di rumah beliau sendiri. Kelas ini diadakan pada jam 6.00 petang  sehingga 7.00 malam. Ahli  yang mengikuti kelas ini terdiri daripada golongan belia lelaki dan perempuan serta kanak-kanak yang ingin belajar bertarannum dan memperkukuhkan tajwid dalam bacaan Al-Quran. Kelas yang diajarinya tidak terhad pada satu tempat sahaja. Menurut beliau, kelas tersebut juga akan diadakan di masjid atau di kawasan sekitar. Kelas tersebut akan diadakan pada waktu pagi setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad  dan dijalankan dua minggu sekali.Contohnya seperti kelas yang sedia ada di masjid ataupun dewan berdekatan. Tujuannya adalah untuk meng'imarahkan masjid tersebut walaupun kelas itu tidak diikuti oleh penduduk setempat. Kelas tarannum dan tajwid ini kebiasaannya bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.Selain imam dan guru Al-Quran, beliau juga terlibat dalam aktiviti perniagaan secara sambilan. Beliau menjalankan perniagaan menjual daging lembu dan ayam segar kepada penduduk sekitar bagi memenuhi aktiviti lapang dengan dibantu oleh anak sulungnya iaitu Muhammad Nur Hafizi Bin Muhammadan.

Berceritakan tentang masjid yang dikelolakan oleh beliau pula, ianya terletak di kariah Sungai Karangan, Padang Serai , Kedah. Beliau telah menjadi imam di masjid yang berdekatan dengan teratak beliau iaitu Masjid Jamek Nurul Ehsan. Masjid itu telah dibina pada tahun 1962. Pembinaaan masjid ini  telah diasaskan oleh Allahyarham Hj Abd Rahman Bin Endak. Berlatar belakangkan sebagai orang kampung, beliau tidak pernah meninggi diri walaupun berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Masjid tersebut berkeluasan antara 90/105 per segi. Seni bina dan struktur masjid tersebut adalah berasaskan batu dan kayu yang berkonsepkan traditional dan moden. Masjid itu berupaya menampung jemaah seramai 1200 orang dalam satu-satu masa. Selain itu, masjid tersebut juga lengkap dengan kemudahan-kemudahan yang tersendiri. Antaranya seperti tabung masjid yang disediakan untuk kegunaan tertentu seperti tabung kebajikan, kenduri tahlil, kuliah pengajian,anak-anak yatim dan wakaf khairat. Antara kemudahan lain seperti papan kenyataan masjid, senarai program dan aktiviti masjid kelengkapan dalaman masjid seperti kipas , lampu, rak al-Quran, van jenazah, tandas, kedai-kedai kecil dan lain-lain.
Antara aktiviti yang dilakukan di masjid tersebut adalah kutipan wang sumbangan. wang tersebut akan digunakan sekiranya berkeperluan. Contohnya jika terdapat kerosakkan mperalatan dalam masjid. wang tersebut dikumpulkan selepas solat Jumaat. AJK masjid akan mengira jumlah sumbangan yang diterima didalam tabung tersebut, dan akan diserahkan kepada Bendahari masjid. Proses penyerahannya pula mestilah melibatkan bendahari dan tiga orang saksi bagi mengelakkan proses penyelewengan daripada berlaku. Antara aktiviti lain yang turut diadakan ialah kuliah agama. Ia akan diadakan pada setiap waktu subuh dan magrib.Selain itu,turut diadakan adalah aktiviti gotong-royong. Ia dilakukan bagi memastikan kebersihan masjid terpelihara. AJK masjid akan membersihkan kawasan masjid pada setiap hari Jumaat pagi. Gotong-royong besar-besaran akan dilakukan sebulan sekali dimana semua masyarakat setempat dijemput hadir bagi membersihkan kawasan masjid pada hari yang ditetapkan. Antara aktiviti lain ialah ceramah agama yang akan dilakukan setiap dua bulan sekali dengan menjemput penceramah terkenal seperti Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmud dan suami. Tujuannya untuk menarik minat semua umat Islam terutamanya golongan belia untuk memeriahkan lagi masjid tersebut.Tambahan lagi , pada  bulan Ramadhan,bubur lambuk akan disediakan serta diagihkan kepada penduduk taman perumahan dan kampung-kampung sekitarnya selepas bersama-sama selesai mengerjakan solat asar secara berjemaah di Masjid Jamek Nurul Ehsan. Dan akhirnya,proses pembaik-pulihan Masjid Jamek Nurul Ehsan. Ia dilakukan dengan menggunakan duit sumbangan yang diterima daripada jemaah yang menyumbang dan juga duit daripada pihak kerajaan Negeri Kedah.



          AHLI JAWATANKUASA masjid dilantik sebagaimana berikut:-


1)       Tuan Haji Muhammadan bin Ishak                    - Pengerusi / Imam
2)       Alias bin Abdul                                              - timbalan pengerusi
3)       Ridwan bin Haji Ishak                                    - Bilal
4)       Muhammad Nur Hafizi bin Haji Muhammadan       - Bilal
5)       Rosli bin Taqrif                                              - Siak
6)       Muhammad bin Sulaiman                                 - Setiausaha
7)       Azizan bin Saidin                                           - Bendahari
8)       Jaya Hasan bin Zainal Abidin                           - Ahli Jawatankuasa
9)       Hashim bin Abdullah                                      - Ahli Jawatankuasa
10)     Ahmad syukri bin Shaari                                 - Ahli Jawatankuasa




SUMBANGAN

Antara sumbangan imam Haji Muhammadan kepada kawasan setempat ialah dengan menjadikan teratak beliau sebagai kelas Al-Quran yang ditubuhkan khas kepada golongan belia dan kanak-kanak. Kelas  tersebut katanya ditubuhkan hasil titik peluhnya sendiri bagi memastikan generasi akan datang tidak lupa dan tahu membaca kitab suci Al-Quran beserta tajwid dan taranum selain mempelajari tentang ilmu berkaitan dengan Agama Islam. Selain itu, beliau juga telah membeli sebuah rumah di kawasan taman berhampiran rumahnya untuk dijadikan tempat menuntut ilmu bagi keluarga yang kurang berkemampuan yang mempunyai anak-anak berusia dalam lingkungan 4-6 tahun.  Ia diberi nama Tadika Pintar Wawasan. Tadika tersebut dibina khas untuk kanak-kanak terpilih bagi mendalami ilmu dunia dan akhirat. Bagi dirinya ilmu agama perlu disemai dalam diri setiap insan bermula dari kecil lagi.
Tambahan lagi, Masjid Jamek Nurul Ehsan juga mempunyai sumbangannya sendiri. Antaranya, masjid ini telah menjadi tempat para penceramah terkenal untuk memberi ceramah. Antara penceramahnya ialah Ustazah Norbahyah Mahmod dan suami. Selain itu, masjid ini juga menjadi pilihan kebanyakan sekolah dan tokoh agama untuk dijadikan sebagai tempat bagi mengadakan majlis keagamaan seperti pertandingan tertentu dan masjlis khatam al-quran secara besar-besaran.


          MASALAH DAN PENYELESAIAN

          Dalam hidup setiap manusia mesti punyai masalah. Begitu juga dengan Imam Tuan Haji Muhammadan sendiri. Bukan mudah untuk mengajak orang berbuat kebaikan. Cacian dan cemuhan telah menjadi santapan beliau sepanjang berkhidmat sebagai imam dan guru agama. Masalahnya ialah golongan belia tidak ramai menyertai dan yang mahu turun padang untuk bersama-sama menjayakan apa yang diusahakan. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, beliau sendiri mengumpulkan semua belia-belia dan bebincang secara aman serta membenarkan mereka melontarkan ketidakpuasan hati dan idea-idea tersendiri. Maka selepas itu, tidak ada lagi cacian dan cemuhan yang diterimanya.
Selain manusia, masjid Jamek Nurul Ehsan juga mempunyai masalah tersendiri. Seperti yang dikhabarkan oleh imam Haji Muhammadan, antara masalahnya seperti kecurian barang didalam masjid.Ada antara indivudu yang tidak bertanggungjawab sanggup berbuat sedemikian demi kepentingan sendiri. Antara barang yang dicuri ialah wang didalam tabung masjid, pembesar suara, permaidani, dan tiang lampu. Bagi menyelesaikan masalah ini, satu AJK telah ditubuhkan untuk memastikan keamanan dan keselamatan barang-barang masjid. Setiap malam akan ada belia yang mengawasi kawasan sekitar masjid mengikut giliran yang ditetapkan.Selain itu, para musafir yang datang beristirehat di masjid itu turut mengotorkan tempat-tempat yang mereka duduk seperti membuang sampah di merata-rata tempat. Hal ini menyebabkan bau sampah itu tidak menyelesakan para jemaah yang hadir.Oleh itu, pelbagai inisiatif diambil untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Bagi kes membuang sampah di merata-rata tempat pula, banyak papan tanda telah dipasang di kawasan masjid itu seperti “JANGAN MEMBUANG SAMPAH DI KAWASAN INI”. Hal ini dapat member peringatan kepada orang ramai tentang kebersihan masjid. Oleh itu, masalah-masalah ini dapat diselesaikan dengan cara mudah.




HARAPAN

Beliau turut memberikan pandangannya mengenai ilmu agama Islam yang suka di pandang mudah oleh masyarakat. Beliau berkata, zaman sekarang ini masyarakat lebih suka untuk memilih ilmu yang senang dan mudah. Maka, mereka itu akan mudah terjebak ke dalam aktiviti-aktiviti yang melalaikan. Oleh itu, beliau amat berharap kita sebagai umat Islam terutamanya golongan belia agar tidak lupa akan ALLAH S.W.T kerana DIA lah kita wujud dimuka bumi ini dan DIA juga boleh menarik balik segala nikmat yang diberi dalam sekelip mata. Secara mata kasar kita dapat melihat orang itu pandai mengaji dan membaca Al-Quran dengan baiknya, tetapi menyempurnakan sembahyang lima waktunya hanya dengan niat. Bagi kita yang berilmu pengetahuan mengenai agama Islam ini, kita mungkin tidak mudah terpengaruh, tetapi bagi mereka yang inginkan jalan mudah bagi memperoleh ilmu, mereka akan mudah terjebak. Oleh itu, harapannya lagi, beliau mengharapkan golongan belia tidak jauh tersesat dengan  keseronokkan duniawi semata-mata kerana  akhirat itulah yang kekal abadi.




KESIMPULAN

Fungsi dan peranan imam dan masjid amat besar seperti yang disebutkan pada masa keemasan Islam itu tentunya sulit diwujudkan pada masa kini. Imam merupakan pemimpin agama manakala ini tidak bererti bahawa masjid tidak ada berperanan di dalam hal-hal tersebut.Masjid harus mampu melakukan kesemua yang disesuaikan dengan keadaan dan keperluan semasa. Paling tidak melalui huraian para pembinanya guna mengarahkan umat pada kehidupan duniawi dan ukhrawi yang lebih berkualiti. Apabila masjid dituntut berfungsi membina umat, tentu saranan yang dimilikinya harus tepat, menyenangkan dan menarik semua umat, baik dewasa, kanak-kanak, tua, muda, lelaki, wanita, yang terpelajar mahu pun tidak, sihat atau sakit serta kaya dan miskin. Oleh itu, kita haruslah memakmurkan masjid agar peranannya tidak hilang dan dilupakan dek ditelan arus pemodenan abad ini. Ia selaras dengan firman ALLAH S.W.T yang bermaksud,


 Disini dapatlah disimpulkan bahawa , imam dan masjid adalah sesuatu pengaruh yang terbesar kepada kita semua umat Islam yang boleh membuatkan kita mendekatkan diri dengan sang Pencipta iaitu ALLAH S.W.T dan semoga kita sentiasa berada dijalan yang lurus serta diredhai NYA. Amin..



LAMPIRAN



PANORAMA TERATAK BELIAU YANG DIJADIKAN KELAS MENGAJI AL-QURAN

Sekitar Rumah Imam Muhammadan





Tempat dan Bahan-Bahan yang digunakan oleh Beliau untuk Mengajar 
Golongan Belia Membaca Al-Quran , tajwid dan Tarannum






TADIKA PINTAR WAWASAN :





             


       


SEKITAR KAWASAN MASJID JAMEK NURUL EHSAN

 Panorama di Kawasan Luar Masjid 


pintu masuk                                                                           Sebelah tepi
   



  
antara Kedai - kedai yg terdapat di masjid tersebut




 
  Sebelah hadapan
 


 Tanah perkuburan



KEMUDAHAN-KEMUDAHAN DI MASJID JAMEK NURUL EHSAN 






Mimbar

 

ruang solat


  

 tempat mengambil wuduk

  


 kipas & lampu



 senarai ahli jawatankuasa




rak Al-Quran




                 senarai AJK bantuan        


papan kenyataan




  JENIS-JENIS TABUNG DI MASJID JAMEK NURUL EHSAN



                         


                           

   
                              




              
                     


   

van jenazah


kelas KAFA



tandas
      
         



RUJUKAN

        BIBLIOGRAPHY :


v  Tuan Haji Muhammadan Bin Ishak
Imam/Pengerusi Masjid Jemek Nurul Ehsan Kariah Sungai Karangan

v  Kamal Izat Bin Ahmed, dalam www.geocities.com/kertaskerja_peranan_imam.htm
                
v  Kamus Dewan (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 1989).

v  Nik Ismah binti Hj. Nik Ab. Rahman, “Peranan Institusi Masjid Dalam Pembangunan Ummah”, kertas projek Diploma Undang-Undang dan Pentadbiran Kehakiman Islam, Kulliyyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, 1993/1994.